Members

gravatar

Dalila Nasshorudin's Wedding Invitation


Seperti yang tertera, sorang lagi dah nak kahwin (Dalila Nasshoruddin). Jadi marilah beramai-ramai memeriahkan rumah si pengantin. Jumpa anda di sana... !!!

gravatar

Jom pakai Millatfacebook......

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com , awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP


http://www.millatfacebook.com/

gravatar

Gambaq Hot Toha dan Shidut

Okay lah. Tajuk mungkin tak ada kaitan dengan entri. Aku sedang menjalankan kajian kemanusiaan.

Kajian aku bertajuk 'Lagi ramai orang buka entri blog yang ada perkataan Shidut'.

_____________________

Hari tu aku pi Nou Camp. Bajet naik bas sama-sama dengan Messi pi Santiago Bernabeu. So aku tak sempat pi Bukit Jalil. Dengaq cerita Kedah kalah penalti. Ini gambaq yang sempat aku dapat dari laman sesawang FB. Bukan hakcipta aku.


Biasalah, main fast flowing football macam Chelsea, Arsenal dan Malaysia. Sudah tentu ref susah nak kesan offside. Dengaq cerita juga pemain Kedah sakan main ragbi kat final.

Sepak nak ke laut ja dengaqnya.

Biaqlah. At least keeper kita hensem. Tak ada pony tail.

Tak apalah kawan-kawan. Jangan tensen-tensen! Jom kita karaoke lagu VE.

Oh, oh, oh oh Pop! Ye yeh!

p/s : usaha keras membersihkan sawang blog de fifa! apa-apa pun gol Kedah memang lawa.

Fin.

gravatar

Birthday Lagi?

Selaku salah seorang author blog ni, maka aku pun mengambil inisiatif untuk menulis dalam blog. Minta diperkenankan saudara admin.


Memandangkan sudah lama blog bersawang, maka marilah kita memeriahkan lagi blog ini dengan mengucapkan Selamat hari Lahir pada kawan-kawan kita! (bunyi tepuk tangan)

Jika semalam hanya dua yang menyambut pada hari yang sama, maka hari ini ada hattrick ahli de FiFA yang menyambut birthday pada 2 april.

1. Encik Ahmad Zaki
Ini KP kita. Ini KP kita. Ini KP kita. Horey!


2. Cik Ezwan Anis
Alamak. Tak ingat jawatan beliau. Tapi, ingat birthday beliau. Maka sah-sah aku akan dimaafkan.


3. Cik Enon
Ini siapa tak ingat kena buang daerah dari PokSen.


Maaflah gambar tak lawa. Hanya mampu curi dari laman sesawang Buku Muka.

Selamat Hari Lahir para sahabat. Maaf, tiada hadiah. Hanya mampu beri senyuman sebagai sedekah. =)

Oklah. Nak book tiket ke Camp Nou. Ada orang nak follow?